BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 1, 2011

zaman pra matang: sekolah menengah ii

CF memang garang tapi awal2 saja. Sumpah, mungkin CF tak nak kami naik kepala, jadi terpaksa la dia berlakon jadi garang. Ye kan CF? Senior memang tak boleh pakai la, meruntuhkan moral junior je! CF mengajar aku dari tingkatan 4 sampai tingkatan 5. Sumpah, aku sayang nak tinggalkan CF, trademark CF, ‘jet kang’ sampai bila2 insyaallah aku akan ingat. Sifu aku dalam bidang add math, Fiza yang aku sayang dan hargai segala usaha dia ajar aku yang bengap ni. Kalau Fiza baca ni, orang sayang ma Fiza macam mak sendiri dan sedih sebab Fiza tanggung sedih sorang diri. Kenapa tak bagitahu ma dah tak ada? Sangat2 terkejut, tapi Fiza jangan sedih2 lagi ye:). Semoga arwah tenang di sana.

Naik tingkatan menengah atas, sebab 2 kawan rapat dah tak ada, jadi aku dan Su mencari pengganti budak 2 orang tu dan yang terpilih ialah Ada dan Suhada (mati aku kalau budak 2 orang tu baca, main2 je ok). Dah ditakdirkan kita ialah sahabat, bukan disebabkan siapa yang ada atau tidak. Su, kawan rapat dari tingkatan 1 sampailah sekarang, dan insyaallah selagi nyawa dikandung badan :D. Alhamdulilah setakat ni, ALLAH biarkan aku berkawan rapat dalam bilangan yang genap dan biasanya 4 orang. Tak pernah dalam bilangan ganjil iaitu 1, 3, 5 dan seterusnya. Sebab DIA tahu susah nak jadi kawan rapat dalam bilangan ganjil ni.

Subjek yang paling aku suka, sudah pastilah Matematik moden (sebab masa matematik moden ni, aku buat kerja add math). Cikgu pun tak pernah marah, kesian Cikgu Azam dapat pelajar macam aku. Tapi 1 bab yang paling aku tak suka, bab plan sebab kena imagine. Dah la daya imaginasi aku ni rendah, lain yang cikgu suruh imagine lain yang aku imaginkan. Nak buat macam mana. Sejahat-jahat aku kat Cikgu Azam ni, latihan dia aku buat ok.

Subjek yang paling aku tak suka, sorry to say, Physics. Dalam kelas ni aku lagi jahat, aku akan pilih tempat paling belakang dalam makmal, angkat buku tutup muka dan emm, aku mula mencipta imaginasi untuk masa depan (tido la). Dan bila aku tak sukakan sesuatu tu, susah lah aku nak sukakannya. Sejahat-jahat aku kat Fizik ni, latihan pun aku tak buat. Nasib ada kawan tempat mengadu meniru. Dan itulah yang terjadi sampailah aku masuk matrik. Fizik tetap bukan di hatiku.

3 ekor kura2:

SU_EDA said...

rindu zaman tuh...rindu CF, Cikgu Azam, Fizik, Maths n everything...:(

نورول اشيکين said...

tapi lepas doh..nak wat gane
time lalui zaman tu xhargai, bile dah lepas bau tegedik2 nak balik...
moral value: hargailah sekolah anda ^_^

SU_EDA said...

amboi.. mcm ye xrindu..
1 lg moral: hargailh kwn anda..:P

Post a Comment