BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 30, 2011

Makna di Sebaliknya

video

Baru dimengerti bait-bait lirik Aisya Humaira.

Sedang sebelum ini hanya tahu meniti di bibir,

tanpa mengetahui sejarah di sebaliknya.

Alhamdulilah, jika orang lain galak menongkah arus ke hadapan,

Aku berkeputusan untuk kembali ke belakang.

Bagi merungkai persoalan yang bermain di fikiran.

Alkisahnya:

Aishah turut menyertai rombongan Rasullah ke perkampungan Bani Musthaliq untuk memerangi mereka yang merancang untuk menyerang Kota Madinah. Sesungguhnya kemenangan milik tentera Islam, dengan dibekalkan semangat jihad yang tinggi.

Semasa dalam perjalanan pulang, mereka singgah di suatu tempat untuk berehat, Aishah keluar dari tempat usungannya untuk membuang air tanpa disedari sesiapapun. Apabila dia kembali, didapatinya tentera Islam sudah meninggalkan tempat itu. Aishah terus duduk di situ dengan harapan akan ada orang yang mencarinya.

Tidak lama kemudian, Shafwan bin Mu’thal as-Sulami yang berada di pasukan belakang bagi memastikan keselamatan tentera Islam lalu di tempat itu. Dia terkejut melihat Aishah di situ seorang diri, lalu mempelawa Aishah menaiki untanya sementara dia sendiri berjalan kaki hingga tiba di Madinah.

Abdullah bin Ubay, seorang yang munafik, menghebahkan kepada orang ramai kononnya Aishah dan Shafwan telah melakukan perkara yang tidak baik. Fitnah itu tersebar hingga ke pengetahuan Rasullah.

Baginda begitu tertekan. Tidak lama kemudian turun ayat al-Quran: surah an-Nur, ayat 11:

sesungguhnya mereka yang menyebarkan berita bohong itu ialah daripada kalangan kamu juga. Janganlah kamu menyangka itu keburukan bagi kamu, bahkan kebaikan bagi kamu. Tiap-tiap orang di antara kamu menanggung dosa yang dilakukannya. Mereka yang membuat dosa besar untuknya seksa yang besar pula.”

Surah an-Nur ayat 23:

sesungguhnya mereka yang menuduh perempuan suci yang baik lagi beriman itu, mereka dikutuki di dunia dan di akhirat dan untuk mereka seksaan yang dasyat.”

Dengan turunnya ayat ini, nama Aishah bersih daripada tuduhan itu. Alhamdulilah.

Tuesday, November 29, 2011

Rinduku pada Ali bin Abi Talib

Kalau Ustaz Hasrizal, Rindu Bau Pohon Tin.

Ingin memetik salah satu pengalaman beliau:

Kehairanan apabila pelajar-pelajar dari Pattani tidak hadir ke kelas. Rakan-rakan dari Patani kuat mengaji, jual kerbau, gadai bendang untuk datang menuntut ilmu di Dataran Syam.

Diselidik, rupanya mereka tidak ada duit tambang nak ke kelas. Usahkan nak ke kelas, makan hanyalah roti keras dengan bawang cecah garam! Setiap hari hanya seorang akan ke kelas sebagai wakil untuk mengambil nota.

Bukan makanan yang menjadi persoalan di sini, tapi kesungguhan untuk menuntut ilmu. Argh, aku makin rasa rendah diri.

Aku ingin menjadi seperti Ali Bin Abi Talib- mutiara ilmuwan Islam. Mungkinkah?

p/s: Menghadiri ceramah Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, membicarakan bab aqidah. Terasa seperti ada tangan yang meraba, dan dia tersenyum. Ok, aku tertidur dalam majlis ilmu!

Komen dari teman lain: kalau Kin duk sebelah akak, akak cubit-cubit je, ceramah bukan main best, dia boleh pulak tidur!

Saturday, November 26, 2011

Cinta dan Hidayah

Mengkagumi cinta Atikah kepada Ikramah Abu Jahal.

Sanggup merayu kepada Rasullah untuk tidak membunuh suami

Sanggup meredah lautan padang pasir untuk menjejaki suami tercinta

Hanya dengan ditemani Laila, seorang hamba yang setia,

Di padang pasir Sahara kembali bertemu,

Dua hati yang saling merindu,

Pabila sinar Islam menyinari,

Biar hidup di zaman jahiliah lebih tinggi,

Namun keredhaan Tuhan yang mereka cari.

“Ikramah mengahwini saya kerana cinta”.

Saturday, November 19, 2011

Mencuba..


Hari ke-6.

Buat yang faham, aku tak perlu perhatian yang berlebihan. Cukup sekadar kamu tahu sahaja. aku masih pandai urus diri, hadapi ujian. Always think positive, ujian adalah rencah kehidupan. Perasaan pahit atau manis, madu atau racun, terpulang kepada si perasa itu sendiri.

Wednesday, November 2, 2011

.............

video

Dari dulu cari lagu ni, dan tak disangka berulang kali dipasang semasa camping baru2 ini. Terima Kasih unit PDI :D

p/s: debaran menanti esok hari setiba di Terengganu, akan terus ke sekolah lama bersama seorang teman. Harap terjumpalah dengan cikgu2 lama J