BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 30, 2011

Makna di Sebaliknya


Baru dimengerti bait-bait lirik Aisya Humaira.

Sedang sebelum ini hanya tahu meniti di bibir,

tanpa mengetahui sejarah di sebaliknya.

Alhamdulilah, jika orang lain galak menongkah arus ke hadapan,

Aku berkeputusan untuk kembali ke belakang.

Bagi merungkai persoalan yang bermain di fikiran.

Alkisahnya:

Aishah turut menyertai rombongan Rasullah ke perkampungan Bani Musthaliq untuk memerangi mereka yang merancang untuk menyerang Kota Madinah. Sesungguhnya kemenangan milik tentera Islam, dengan dibekalkan semangat jihad yang tinggi.

Semasa dalam perjalanan pulang, mereka singgah di suatu tempat untuk berehat, Aishah keluar dari tempat usungannya untuk membuang air tanpa disedari sesiapapun. Apabila dia kembali, didapatinya tentera Islam sudah meninggalkan tempat itu. Aishah terus duduk di situ dengan harapan akan ada orang yang mencarinya.

Tidak lama kemudian, Shafwan bin Mu’thal as-Sulami yang berada di pasukan belakang bagi memastikan keselamatan tentera Islam lalu di tempat itu. Dia terkejut melihat Aishah di situ seorang diri, lalu mempelawa Aishah menaiki untanya sementara dia sendiri berjalan kaki hingga tiba di Madinah.

Abdullah bin Ubay, seorang yang munafik, menghebahkan kepada orang ramai kononnya Aishah dan Shafwan telah melakukan perkara yang tidak baik. Fitnah itu tersebar hingga ke pengetahuan Rasullah.

Baginda begitu tertekan. Tidak lama kemudian turun ayat al-Quran: surah an-Nur, ayat 11:

sesungguhnya mereka yang menyebarkan berita bohong itu ialah daripada kalangan kamu juga. Janganlah kamu menyangka itu keburukan bagi kamu, bahkan kebaikan bagi kamu. Tiap-tiap orang di antara kamu menanggung dosa yang dilakukannya. Mereka yang membuat dosa besar untuknya seksa yang besar pula.”

Surah an-Nur ayat 23:

sesungguhnya mereka yang menuduh perempuan suci yang baik lagi beriman itu, mereka dikutuki di dunia dan di akhirat dan untuk mereka seksaan yang dasyat.”

Dengan turunnya ayat ini, nama Aishah bersih daripada tuduhan itu. Alhamdulilah.

0 ekor kura2:

Post a Comment