BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 2, 2011

zaman kecelaruan identiti: Kolej Matrikulasi Melaka

Hari pertama mendaftar di Londang, semua berjalan lancar. Aku sendirian. Teman2 baikku bertebaran di merata-rata, tapi mereka berteman. Hanya aku dari SMK Manir, SPM 2007 yang mendaftar di KMM sesi 08/09. Bapak sedih. Tapi takpe, membe rock sekampung aku pun ada kat sini, cuma dulu dia sekolah menengah kat lain. Daftar masuk, kenal semua budak bilik, jalani orientasi dan tibalah masa untuk mula sesi pengajaran pembelajaran. Aku lambat sikit masuk kelas, kalau tak salah dua tiga hari orang lain dah mula kelas baru aku masuk. Sebab apa? Sebab aku tukar jurusan, dari Sains Hayat ke Sains Fizikal. Tapi sebelum tu aku masuk lah dulu kelas Hayat sementara nak tunggu proses pertukaran tu. F5P5T5 nama kelas, cantik tu.

Mula-mula aku masuk kelas, ingat lagi detik tu, di bilik makmal tingkat 4, aku dengan muka merah, baju basah lenjun masuk kelas yang pada masa tu En Fariq pensyarahnya. Kenapa basah? Macam mana tak basah, lepas je dapat jadual baru, terus aku tuju ke kelas, semangat nak belajar lah katakan. Tapi malang, aku dah naik makmal dekat tingkat 4, cari kelas tak jumpa. Aik, takkan dah pindah kot. Pastu baru aku ingat yang aku naik tu makmal sebelah kiri, ade lagi makmal sebelah kanan! Tapi alhamdulilah tak payah turun sebab dia ada connection. Pensyarah pun faham aku budak baru, hmm baru masuk.

Mula-mula masuk, hmm ramai juga senior kelas aku ni. Sombong je nampak. Jahat betul aku, nilai orang dari first impression. Tapi orang2 yang aku kata sombong tu lah yang paling rapat dalam kelas! Thanks a lot dekat Noor Atika, Raja dan Zuraidah. Kamu banyak ajar aku buat jahat, sumpah aku hargai :D. Memang dah tabiat aku, suka berkawan dengan yang lebih tua. Tu yang ada cemetery orang kata, hehe.

Ika, bila aku tanya, tutor dah buat, selalu dia jawab, “aku tunggu ko buat dulu/ aku tertido/ aku tengah tengok tv ni tak ada masa nak buat tutor!”. Asyik aku yang kena bagi ‘semangat’, or unless aku pulak yang tak dapat copy nanti! Tapi result dia gempak walau nampak macam dia banyak main, ntah2 sengaja tak nak tunjuk kat aku dia rajin belajar la tu. Aku senang hati kawan dengan dia, dengan karenah dia yang tak matang2 lagi tu buat aku gelak. Sekarang dia dah jauh, susah dah mahu jumpa lagi, dan tak mungkin akan ada yang sama dengan kamu ika.

Dak Zura merangkap penolong, rajin gila kot buat kerja. Kalau tanya pasal tutor ke, ape-ape keje mesti dia beres. Gila hardworking minah ni. Tapi tak apa, aku jugak yang untung! Haha. Selalu cerita pasal hantu dekat aku, budak ni kalau aku sekel kang dikatanya aku kurang ajor pulak, ye la dia kan lagi tua! dia kadang2 serius, tapi lebih banyak tak serius dari serius.

Sorang lagi Raja, tapi aku tak suka panggil dia Raja takut dia takabur nanti. Nama diberi Raja Nor Sazana, kalau silap eja aku mintak ampun ya Raja. Ni sifu aku dalam bab ponteng memonteng. Kalau dalam Dewan Kuliah (DK) aku akan cari dia dulu, tengok ada ke tak. Ni contoh tauladan Mak Cik Saza yang tak berapa baik. Aku nasihat dia? Tak adanya aku nak nasihat dia, takot kena flying kick dengan dia. Nampak aje kecik, tapi satu je, hati dia baik :p. Ai, terpuji la pulak!

Oit, ko ni kawan dengan orang tua aje ke? Haha. Yang muda pun ada la, si Najwa, Fera, Shida, Oja, Lin dan Sase. Tapi aku lagi rapat dengan Wawa dan Fera. Wawa, si kecik yang agak serius, keje tutor kompem siap. Dialah antara rujukan untuk copy kerja. Bilik dia pun sama aras je dengan aku, tu yang kaki pun laju melangkah pegi bilik dia, hihi. Fera, pulak tak padan muda setahun dari aku (budak lompat aka ribena) tapi perangai mengalahkan mak cik, means matured sangat2. Sampai aku kadang-kadang lupa, dia tu adik aku! Kalau dia skeaping, fuuh jenuh otak bekerja nak mikap pekebenda yang dia nak cakap, fluent ya rabbi. Satu lagi, nota dia kemas sangat, buat aku geram nak pinjam. Nota aku? Korang bayangkan orang tido menulis macam mana. Hmm, aku la tu.

0 ekor kura2:

Post a Comment