Terlalu awal? Agak la. Haha, hari ni hari yang ketiga di bulan Ramadhan, teringat raya2 zaman dulu2. Keluarga miskin, baju raya pun pagi raya baru dapat ambil. Hari raya jalan dengan kawan2, pergi dari satu rumah ke rumah yang lain. Masa tu dapat 50 sen dah kira banyak, biasanya tuan rumah bagi 20 sen je. Kalau rumah yang bagi banyak, petang karang akan ada lagi kunjungan ‘ikhlas’ dari kami :D. Tapi apa yang aku tahu, zaman dulu lagi gembira dari sekarang. Mungkin sebab aku kecik lagi, tak tahu erti tanggung tahu menjawab aje. Suasana pun dah berubah, dulu teduh je sebab banyak pokok, sekarang dah panas sebab dah banyak pembangunan dilakukan. Mungkin sebab ni kot budak2 malas nak jalan dah, lebih suka duk rumah pada pagi raya menunggu cerita kartun atau derama2 ciptaan manusia.
Dulu dapat duit raya, bukan tahu nak nyimpan pun. Lepas dapat, terus pergi kedai membeli. Biasanya aku akan angkut aiskerim yang herge dia dalam 50 sen ke 80 sen. Tengah top masa tu. Walaupun aku anak Kampung Kebor Air pure, tapi tak pernah lagi aku main mercun buluh or apa2 yang sewaktu dengannya, bunga api je yang jadi kebanggaan. Sayang nyawa la katakan.
Di kesempatan ini, aku ingin memohon ampun kepada yang mengenali diri ini secara direct or indirect. Terlalu banyak khilaf yang dilakukan sama ada sengaja ataupun tidak. Manusia tak lepas dari melakukan dosa, dosa kepada sesama manusia ataupun dosa kepada ALLAH. DIA menguji kita dengan pelbagai ujian untuk menduga tahap keimanan seseorang hambanya itu. Sementara kita masih berada di bulan Ramadhan ini, masih sempat untuk kita bajai amalan2 yang telah kita tanam di bulan2 sebelumnya agar dapat kita tuai di bulan Syawal dan seterusnya dijadikan bekalan untuk bertemu dengannya
Teringat kisah nabi Musa yang ingin melihat Allah, lalu Allah mengatakan kamu tidak akan sanggup melihatku. Jika kamu melihat gunung itu masih kekal seperti sedia kala, nescaya kamu dapat melihatku. Gunung yang teguh berdiri itu tiba2 hancur berkecai dan Nabi Musa jatuh pengsan. Lihatlah, insan yang dekat dengan-Nya pun tidak mampu untuk melihat-Nya apatah lagi kita yang hina ini mahu berjumpa dengan-Nya. Bayangkanlah, fikirkanlah kita ini berada di tahap mana sama ada dalam keredhaanNya atau dalam kemurkaanNya.
p/s: ramai kawan2 yang dah bergelar isteri atau suami dan yang akan bergelar raja sehari dalam masa terdekat. Semoga masjid yang dibina terus utuh di persada dunia:D
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير
1 ekor kura2:
selamat hari raya...
Post a Comment