BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 15, 2011

Almost matang: di UPSI

Semasa keputusan kemasukan ke UPU, rasa macam tak percaya dapat masuk ke UPSI. Ingat dah tak dapat lepas interview yang menyeramkan dulu. Sebetulnya minat aku lebih kepada law, tapi dulu apply diploma law kat UiTM tak dapat menyebabkan aku cuba mengalihkan minat ke bidang lain. But seriesli, until now semangat lawyer tu tetap ada dalam diri aku. Sedih juga dalam masa yang sama sebab tak ada kawan yang dapat sama u dengan aku, kecuali Wani tapi dia pun dapat kos lain dan kolej lain. Awal2 kemain lagi planning nak beli basikal nak pergi kuliah sama2, tup2 dapat tahu kolej dia dengan kolej aku bapak jauh, kalau naik bas pun mahu dekat setengah jam. So rancangan itu terpaksa dicancelkan atas sebab yang munasabah.

Mendaftar di Kolej Harun Aminurrasyid, tiba2 aku dengar someone panggil nama aku. Ai, baru daftar dah glemer, haha. Sekali aku toleh, rupanya Tia (ex wingmate KMM) yang panggil. Happy tak terkata sebab ada teman yang aku kenal sangat2 dan duduk di kolej yang sama. Then aku dapat tahu Alia (ex wingmate KMM) juga ada di UPSI dan juga sekolej. Selesai semua urusan, check in masuk bilik. Uih, tingkat 8, slim jugak aku lagu ni gak. Kenal budak2 rumah, kami berempat budak baru, maksudnya akan ada 4 orang senior dalam rumah ni, agak seimbang. Minggu orientasi aku lalui dengan keboringan, tak banyak sangat aktiviti, aku ingatkan ada la explorace ke atau apa2 aktiviti yang mencabar.

Ok, dipendekkan cerita satu malam ketika minggu orientasi aku tido lambat dalam pukul 2 lebih kot. Budak sebilik, dah lama tidur. Dalam 5 minit je aku letak kepala, rasa something. Aku macam nampak something dekat dinding bilik yang sedang ketawa (sangat cun!) tapi aku tak boleh nak gerak. Baca ayat qursi, dalam seminit lepas kena dah ok, i can move freely. Pagi esoknya aku cakap kat roomate, “boleh tak turunkan cermin tu?”-cermin yang dia gantung tu mewakili kepala benda alah tu-. Dan aku ceritakan apa yang jadi semalam, dah la dia jenis tak kuat semangat, terus dia turunkan. Haha. Gangguan tu tak berhenti setakat malam tu saja, malam2 seterusnya. Sampai naik letih aku ‘main’ dengan ‘dia’. Kalau dapat herte macam Ahmad Albab tak pe la jugak. Satu malam aku tido awal, roomate aku tengah syok layan Korea. Dishort cutkan, aku kena lagi. Aku cuba panggil dia sebab aku boleh nampak sekeliling. Aku nak dia sentuh aku supaya ketidakbolehan bergerak itu dapat dihentikan. Tapi dia pun macam blur je. As usual, tak lama pun kena kacau tu, dalam 2 minit je kot. Then dia tanya aku, “Kin, tadi mata Kin macam buka, suara dengar tak dengar, tadi kena kacau lagi ke?”. Aku rasa nak wrestling je minah ni, dah tahu aku macam tu tolong la. Ni tak ditengok aja. Tapi aku tak salahkan dia pun, aku tahu semangat dia tak kuat.


Lebih kurang macam ni lah si ‘pengacau’ tu

p/s: aku suka pergi giant sebab bleh jumpa ramai mat2 Chinese, makin cerah peluang aku :p

0 ekor kura2:

Post a Comment