Di KMM ini, aku belajar erti keberanian. Aku mendapat tawaran temuduga SPA 8 untuk jawatan yang aku pun dah lupa, interview tu ialah pada hari Isnin berapa haribulan aku pun lupa. Tapi yang pasti, masa tu aku di KMM. Aku buat keputusan balik. Aku ingat lagi, hari Sabtu tu larian KAKOM. Kalau nak balik bermalam mesti ada pas kebenaran. Dan aku masih ingat, hari yang menggerunkan tu, mula-mula aku jumpa dengan En Fariq untuk suruh dia bagi aku surat kebenaran tapi dia suruh cakap dengan...emm sapa korang tahu, Cik Suraida. Yang dikenali umum sebagai erk, pendek kata masa tu semua kalau boleh tak nak jumpa dia. Aku tak jumpa dia, cuma call je.
Dia marah aku, series aku kena marah! Sampai satu saat lama gila dia senyap dan aku pun kata, “Cik, saya mintak maap kerana ganggu cik......” dan ayat mendayukan yang aku seterusnya dan akhirnya aku meletakkan telepon itu sebab dia masih senyap. Surat kebenaran? Aku tak dapat. Jumpa mak guard, aku tawakal je. Kalau dia tak bagi aku balik, aku naik je la balik bilik. Tapi dah takdir, aku dapat keluar dengan mudahnya. Dari Londang ini aku berseorangan, gila tak gila aku buat kerja.
Then dah sampai Terenggganu, interview bagai semua tu, malam Isnin tu aku balik KMM semula. Ye, aku masih berseorangan. Aku bajet sampai pukul 6 pagi ke dekat MC, tapi pak cik drebar bawak laju jadi sampailah aku di stesen bus pukul 5 pagi! Aku tawakal je, nak tunggu sampai pukul 6 seksa ya rabbi. Pukul 6 lebih baru ada pekerja datang buka pintu. Kalau sape yang pernah pergi MC tahu la macam mana keadaannya, dengan sunyinya, dengan banglanya dan macam2 lagi. Dalam 6.45 dah ada bas yang gerak ke MT. Sampai kat MT ada dah bas yang menunggu nak gerak lalu ikut KMM. Dalam 7.45, hari Selasa aku dah masuk pagar KMM. Ok, pukul 9 aku ada kelas tutor Fizik. Dan dengan beraninya aku tak pergi kelas tu. Padahal sempat je kalau aku siap. Hari ni aku ponteng, dan.....esoknya tutor fizik ada lagi. “Nurul Asyikin”, puan Rashidah panggil nama aku. “Kenapa tak datang semalam?”.
“Saya ada interview dekat Terengganu”.
“Bila balik?”
“Semalam puan”.
“Pukul berapa sampai?”
“8 puan”.
“Dah tu kenapa tak datang kelas saya?”
“Letih puan”. Sumpah ni lah jawapan terberani yang pernah aku bagi.
Sesungguhnya di sini aku belajar sendiri erti keberanian.
0 ekor kura2:
Post a Comment