BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 4, 2011

zaman kecelaruan identiti: Kolej Matrikulasi Melaka ii

Roommate aku semua 4 orang termasuk aku. Ok, aku mula dengan tertua, dak Suzi sebab dia lahir paling awal, bulan 2. Kecik, tapi bakat melukis sangat2 besar. Aku ingat lagi dia lukis bas ting tong (Patt Hup) yang biasa kita orang naik dari MT ke MC, sejibik! Salute aku dengan dia. Kami kelas yang berlainan tapi sekuliah. Jadi dia juga antara mangsa kemalasan aku yang memang malas salin nota ni. Dan disebabkan dia juga budak Fizik, jadi tutor pun aku copy dia punya. Dalam DK, dia suka duk depan dengan aku, ececeh. Aku pun suka duk depan dengan dia. Habit aku, tido dalam kelas especially masa lecture fizik. Dialah perosak mimpi2 indah aku, bukan slow2 dikejutnya aku, mau melompat aku bila dia kejut. Sampai ada sekali aku hampir terbangun dari tempat duduk tapi nasib baik dia sempat pegang. Kalau ada kuiz on da spot ke dalam DK, dia dengan rela hati bagi aku copy. Terbaik la. Suzi, kalau kamu baca post ni, Tikah kat mana sekarang? Ada FB dia tak? Dia pakai no mana sekarang? Sebab kamu, aku kenal Tikah. Terima kasih. :D

Then Albee, lahir bulan 10. Non muslim pertama yang aku kenal rapat. Betul lah orang kata, Chinese rajin. Dan Albee buktikan depan mata aku, sanggup bangun pukul 3 4 pagi semata-mata nak study, padahal exam lagi 3 4 bulan. Perkataan2 BM dihafalnya sibijik2. Dan dia berjaya buktikan dalam UPS 1, dia dapat 4.0! Ingat senang ke nak dapat 4.0 ni. Aku? nak kena lempang betul kalau tanya. Tapi sayang, beberapa hari sebelum PSPM 1, dia buat keputusan berhenti dari matrik. Kenapa? Dia sahaja yang tahu dia yang dia rasa, apa yang dia tanggung. Aku harap tu keputusan yang baik untuk dia.

Azira, tinggi gile. Dahlah paling muda. Kuat study, kalau mari hangin nak2 study, sanggup teguk neskepe 3 4 gelas dan berjaga sampai pagi! Banyak kali dia buat, tapi tak apa, dia buat pun untuk kesenangan aku jugak. Hmm, tutor math + tutor kimia. Korang tak faham? Tak apalah. Dalam bilik A5.1.6 ni, aku yang paling malas, ape lah nasib. Dapat result pun, alahai sampai kena masuk bengkel kaunseling. Kepada bekas2 roomate ku, di sini aku dengan serendah-rendah diri mohon ampun atas semua yang dah aku lakukan. Masa tu aku tak matured lagi, tak boleh nak menilai mana intan mana kaca :(

Budak2 wing aku, Suzi, Zira, Albee, Nani, Aleya, Atie, Yean Yee, Balqis, Sau Pei, Ayien, Naz, Tia, Pei Yin, Tima, Yana, Mai, Ayong, Erni dan juga Lim. Setahun bukan terlalu panjang, tapi setahun itu cukup bermakna kalau kita betul2 hargai. Dan sekarang kita dah terlepas peluang itu, tapi aku berharap kita mampu menciptanya di masa akan datang.

Tima, peneman setiaku dalam bas balik ke Terengganu. 'Ekin, sampai kat Rantau Abang mu kejut aku eh'. Tima, aku rindu nak dengor mu kata gitu lagi:(. Satu perkara aku nak mintak maap sangat2, sebab aku ada mungkir janji. Masa cuti raya haji, mu sanggup tak balik kampong sebab aku kata aku tak mboh balik. Sebabnya cuti raya haji kejap je, lepas tu ada pulak cuti Krismas, lama sikit. Aku yang tak berapa matang ni buat keputusan yang tak berapa bijak tu. Tapi sayang, bila Krismas aku kata tak mboh balik jugak sebab dah dekat dengan exam. Aku tahu mu marah, tapi maafkan aku sebab mungkir janji.

Nadzirah, tapi aku suka panggil Naz. Aku buangkan ‘d’ tu, tergeliat lidah aku nak panggil ko. Aku tak tahu napa ko suka datang kacau aku, nak kata aku ensem...oit, aku perempuan la! Dia ni jadi pakar aku rujuk dalam hal ehwal orang asli agama. kalau korang dengor dia cakap, fuhh, macam tak dengor. Slow sangat, ke dengan aku je ko slow? Dengan orang lain garau? Aku faham, suara ko tak semerdu CT untuk didendangkan pada yang tak layak. Haha, jangan marah ok. Dalam ramai-ramai insan di matrik, ALLAH temukan aku dengan ko dan dia jaga persahabatan kita dulu, kini dan Insyaaallah untuk selama-lamanya :D

Sorrylah yang lain, aku tak dapat nak describe kan kamu sorang demi sorang, tapi aku janji memori aku akan sentiasa ada untuk kamu semua.


p/s: aku baru belajar nak jadi potograper masa ni dengan menggunakan henset berteknologi tinggi sape ntah. Lokasi, depan jamban Blok A5, Aras 1, Wing A. Berus gigi tu Suzi yang lukis. Ntah ada ke tak lagi sekarang.

0 ekor kura2:

Post a Comment