BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 4, 2023

Ku Pilih Dia

Bismillahiwalhamdulillah.

Lama sungguh tak diusik blog ni.

Bukan lupa ‘dia’ ada, tapi limitasi masa mencemburui.

Di sini, lebih privasi berbanding medsos lain.

Untuk tatapan dan ingatan sendiri.

30 Jun 2023, bermula fasa baru dalam kehidupan.

Bermula langkah seiringan, mencari rentak semoga hubungan yang bakal dibina diredhai & diberkati Allah swt.

ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير

Monday, March 22, 2021

Sampai syurga

 dari bumi terengganu ke melaka.

indah takdir tuhan.

walau berseorangan,dia hadirkan kekuatan.

ketemu insan yang berjanji bersahabat sampai syurga,

nikmat mana lagi nak didustakan.


sayang tetapi, syaitan mainkan peranan.

badai melanda.

bersoraklah dia.


namun tuhan masih sayang pada hambanya,

disuburkan kembali rasa cinta dan kasih sebagai sahabat,

dihadirkan rasa rindu yang membuak-buak,

indah sungguh bila saling mengingati kerana Allah.


turun naik dalam bersahabat adalah ujian.

untuk kita lebih menghargai,

dia yang selalu ada di sisi.

Tuhan, jaga dia untukku.

Saturday, May 11, 2013

Kematian: Misteri Kehidupan I

Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)

-Surah al-Ankabut, ayat 57

Hanya saja, bila peristiwa itu akan berlaku, tak ada siapa yang tahu kecuali Sang Pemilik kehidupan. Pada saat ajal telah tiba, tak seorang pun mampu menunda bahkan menyegerakannya. Kematian begitu dekat dengan diri kita. Momen-momen kematian yang dialami oleh ahli keluarga, saudara atau teman adalah tanda bahwa kita suatu saat pasti akan mengalaminya.

Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

-1 Rejab 1434-

Monday, March 4, 2013

Hilang.


Rabu, 27 Febuari 2013, 8.00 malam
Aku naik bas untuk balik ke Terengganu.

Khamis, 28 Febuari 2013, 3.00 pagi
Kakak telefon, tanya aku dah sampai mana. Aku mamai sebab baru bangun tidur. Baru aku perasan yang aku dah sampai Marang. Dekat pukul 4 aku telefon kakak, dah sampai dekat Masjid Terapung. Tak lama tunggu, dia datang ambik. Kereta bergerak tak sampai seminit, kakak bagitahu yang Tokki dah xada. Aku tegamam. Tak terus menangis sebab aku tak pecaya. Berhenti di sekolah Ladang, ambik anak sedara yang duduk di asrama bawak balik.

Hampir pukul 5.00 pagi sampai dekat rumah Tokki. Aku tengok ada tilam di ruang tamu. Ditutup dengan kain pelikat. Aku terus buka kain pelikat, aku tengok wajah dia. Terdetik di hati, macam muka mereka yang syahid, putih sangat, cantik sangat. Aku cium pipi dia, Ya ALLAH, sejuk sangat. Aku pegang tangan dia, kaku. Wangi di sekeliling pembaringannya. Terus aku ambil wudhu, aku bacakan yasin untuk dia. Subuh makin hampir, mereka yang ke masjid berhenti di rumah Tokki kerana melihat keadaan yang luar biasa.

Hampir pukul 8.00 pagi, kesemua anak, cucu dan cicit sudah sampai. Kalau aku tak balik semalam, masa ni belum tentu aku dah ada di rumah. Syukur ALLAH gerakkan hati aku untuk balik. Sepupu yang kerja di Selangor kebetulan tengah bercuti. Yang lain hanya di sekitar Kuantan, tak ambil masa yang lama untuk balik.

Lebih kurang pukul 10 lebih, datang orang yang mandikan jenazah. Kalaulah aku lelaki, tentu aku turut serta mandikan Tokki. Sangat sekejap mandikan Tokki, tak rumit. Aku tunggu dekat dengan pembaringannya tadi. Aku lihat mereka mula mengafankannya. Dia memberi peluang untuk menatap wajah Tokki buat kali terakhir. Seorang demi seorang mula menghadiahkan ciuman perpisahan. Wajah Tokki ditutup. Tiada lagi wajah tua, berubah putih, berjanggut putih untuk ditatap. Keranda tersedia, Tokki diletakkan di dalamnya.

Dekat pukul 11, Tokki diusung untuk disolatkan di masjid. Selesai solat, Tokki terus dibawa ke tanah perkuburan. Aku ikut. Hujan renyai2. Semua orang menyuruh aku balik. Kakak mengajak aku balik. Tapi aku tak nak. Aku lihat batu nisan dipacak. Talkin dibaca, doa diaminkan. Berat rasa untuk melangkah balik, Ya ALLAH Kau permudahkan Tokki ketika disoal Mungkar dan Nakir.

Masih sukar untuk aku terima hakikat, payah untuk terima kebenaran. Aku masih tak selesa orang menyebut Tokki sebagai arwah. Biarlah Tokki terus disebut sebagai Tokki. 

Sunday, February 17, 2013

Kuat.

Bermula semester baru.
Kampung ditinggalkan dengan satu perasaan bercampur baur.
Bukan kerana sedih, 
sudah 7 semester berlalu yang semakin mendewasakan.
Aku sering mengatakan mereka pasangan yang sehati sejiwa.
Sehingga saat ketika aku melangkah pergi, 
mereka masih tidak mampu bangun.
Masih ingin memberi, tapi aku tak sanggup menerima.
Kuberikan ciuman, mendung di wajahnya.
Ya benar, mereka sudah tua.
Semakin kembali kepada fitrah.
Tapi aku tak sanggup untuk kehilangan…
kerana aku tidak pernah memahami erti ‘hilang’.




Monday, October 22, 2012

4 bulan itu

“cikgu ni kalau kamera kita orang tak nak bergambar, tapi kalau kamera cikgu sendiri bukan main lagi”.
“cikgu, baru dua bulan cikgu dekat sini. Duduklah sini sampai kami cuti sekolah”.
“kenapa cikgu tak bagitahu awal-awal cikgu dah nak pergi”.

Ni jawapan cikgu:
Mestila, kamera cikgu lagi mahal dari kamera kamu. Gambar cikgu lagi cun dalam kamera cikgu.kui kui kui
Mandai je kamu kata dua bulan, dah 4 purnama cikgu dekat sini, kamu tu je yang baru 2 bulan bermanja dengan cikgu.
Awal ape cikgu bagitahu, awal pagi jumaat (19 Oktober 2012) J

Surat daripada:
1.      Rofaizah Afira
2.      Nur Risya Hidayah Bt Mohd Yasser
3.      ?
#kadang kata-kata/ ungkapan tu lebih berharga dari isi hadiah. Terima kasih sebab sudi menulis untuk cikgu.
Terima kasih warga SMKGR kerana menghadiahkan kenangan yang terindah.


Sunday, August 12, 2012

ego. kekuatan. kemaafan.


Alhamdulillah. ALLAH beri kekuatan.
Terungkai sudah kekusutan,
Rasa bersalah yang menghimpit,
Biar masih terkesan,
Ku cuba padamkan.
Cuba mengukir senyum,
Masih janggal.
Perlukan masa.
Moga ALLAH bukakan peluang lagi untuk kami.
Untuk saling memberi dan menerima,
Kasih sebagai sahabat, teman.
Ku tujukan buatmu; erti persahabatan-de hearty-

Friday, August 10, 2012

Camar Kelukaan



Semalam, bertemunya. Hanya dalam mimpi
Cuma seketika.
Dia cuba mendekati, aku menjauh.
Bila dia jauh, rindu mencengkam.
Bukan cinta buat kekasih,
Tapi rindu untukmu sahabat.

‘Camar’ kelukaan
Di suatu ketika
Pernah kau hinggap ke sisiku
Sayapmu terluka
Kau pinta ku merawatinya......

Maaf bila ku tak sempurna,
Sebagai kawan, rakan atau teman.
Sukar diungkap, payah untuk dibicara.
Hanya Dia yang tahu,
Cukup.

Monday, May 21, 2012

NZ

Letih. Letih menjadi seorang sahabat, letih menjadi seorang pelajar.
Orang selalu kata, teman semasa di universiti itulah teman sebenarnya. Hati mengiakan, akal menolak. Tak perlu menunggu hingga ke universiti, di tadika pun dah boleh jumpa teman, sahabat yang dibangga-banggakan itu. Kenapa adanya puak-puak? Apa persamaan ahli puak-puak kamu? Ya sama pemikiran, sama cara bekerja, sama minat. Pendek kata sekepala!

Memilih teman itu perlu. Seperti memilih jemaah di sebelah. Adakah mahu bersembahyang di sebelah orang yang sentiasa was-was. Takbirnya sahaja 4 5 kali tak jadi-jadi! Dengan kita sekali akan jadi was-was. Solat itu perlu dijaga sedari mengambil wudhu lagi. Membazir ketika berwudhu, seperti kita ingin membawa syaitan bersama di dalam solat.

Kepada yang berkenaan, hanya engkau seorang yang pernah kena sembur direct dengan aku. Kalau cara lembut tak berkesan, aku guna cara kasar. Kesannya, sampai hari ini engkau diam membisu. Aku pun tak sangka aku sekejam tu. Tapi ini semua kerana aku LETIH. Letih memberi nasihat yang sememangnya sudah engkau tahu. Ceritakan masalah kepada ALLAH, ALLAH tak pernah cerita semula pada orang lain. Itu pasti.

Tapi apa gunanya sahabat kalau tidak untuk berkongsi suka, duka, hilai, tawa? Jangan disempitkan arti sahabat ini hanya pada perasaan. Ikramah, Khalid sahabat baik ketika di zaman jahiliah. Berperang apabila Khalid memilih untuk mencintai syahid. Kembali bersatu di saat Ikramah diberikan hidayah. Sahabat, berbaik, bergaduh, berbaik adalah lumrah. Kadang-kadang, suami atau isteri itulah sahabat terbaik yang ALLAH kurniakan. Bersyukurlah.
Hidup kalau terlalu bergantung dengan manusia, takut dihina oleh ALLAH.

Saturday, May 5, 2012

imaginasi divisualisasikan

Lepas satu. Bertimbun lagi menunggu. Janji lega. Janji kena ditepati.
Tugasan buku bergred. Finally.
Thanks to both of my sis n also my housemate.
Tak semua benda perlukan duit. Cukup sekadar ikhlas.
Ikhlas memberi, ikhlas menerima seadanya.
Ini falsafah hidup.




Sunday, April 29, 2012

Bersama anak-anak


Selesai sudah khidmat bakti di PDK Sg Choh. Lain benar suasana jika dibandingkan dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan sebelum ini. Mungkin kerana di sini, ada insan-insan istimewa, yang bermacam peel. Zikri, terasa sayang untuk berpisah. Kecil orangnya, tapi apabila mengamuk, letih mahu menenangkannya. Bak kata cikgunya, samseng Sungai Buaya. Kawan aku ada yang kena tampar dengan budak, ada yang kena tarik tudung dan ada jugak yang kena minta no telefon!!

Satu ayat untuk menggambarkan suasana pada hari kejadian, ‘penat tapi puas’. Kepada yang tidak berpeluang mendekati anak-anak istimewa, tak rugi untuk mencuba bersama mereka walau hanya seminit. Cuba untuk masuk dalam komuniti mereka, cuba memahami kehendak, perangai dan tingkah laku mereka. Moga kami terus istiqamah di jalanmu YA ALLAH, berbakti untuk mereka yang ‘teristimewa’. Hanya mereka yang kuat dikurniakan anak istimewa, hanya mereka yang ikhlas mampu mendidik anak-anak istimewa.




Tuesday, April 3, 2012

Menanti penghulu syurga di dunia


Bismillahi wal hamdulilah
Apa mungkin lahirnya seorang sultan yang berperibadi seperti Sultan Muhammad al-Fateh, berperwatakan mulia, rendah diri. Gelaran sultan tidak pantas untuk dirantai pada sebuah keangkuhan, bukan jua untuk dimegah. Indah ia pada perilaku insan itu sendiri.
Sukar dicari, payah untuk ditandingi. Pemergian Sultan Muhammad al-Fateh satu kehilangan besar kepada dunia Islam. Wahai penakluk Kota Konstantinopel, kami masih perlukanmu. Rakyat Istanbul masih dahagakan perjuanganmu walau dibatasi bayangan Mustafa Kamal Attartuk.
Kini sinar keagungan sultan kembali bercahaya, menyilau di bumi bertuah, Kelantan. Walau bukan tanah tumpah darahku, bukan jua tempat aku bermastautin, tetapi kesederhanaannya membuat aku terasa seperti kini muncul sudah ikon pembebas Konstantinopel. Moga bumi Kelantan terus bebas dari segala fitnah dunia yang bermaharajalela. Moga pemimpin di bumi Terengganu juga bakal lahir seorang lagi Sultan Muhammad al-Fateh. Amin ya Rabb.

Wednesday, March 28, 2012

Terminologi

Pengertian rakan, teman, sahabat dan kawan. Lain manusia, lain ideologi. InsyaALLAH aku cuba bawakan ideologi aku sendiri. Tiada beza yang ketara antara kesemua kalimah tersebut. Sahabat untuk berkongsi susah senang. Kawan, rakan, teman juga boleh berkongsi susah senang. Ke hulu hilir seperti belangkas, belum tentu membawa ke jalan tarbiyyah. Aku suka menggunapakai kalimah teman, kelihatan akrab hingga membawa ke pelusuk nusantara, terutamanya Indonesia. Kita punya ALLAH maha kuasa, waima di waktu susah atau senang. Kuakui, aku sendiri lemah. Perlukan teman untuk berbicara. Tapi janganlah teman itu dijadikan sandaran untuk melepaskan beban yang menghimpit diri. ALLAH suka kepada hamba yang merintih kepada-Nya, maka tunaikanlah ‘hak’ kepada-Nya.

Biarlah teman itu menjadi daie, guru yang mengajar erti kehidupan. Lebihkan keluarga dari teman.

p/s: kita semua calon jenazah J

Friday, March 9, 2012

Sedetik Cuma










Di dalam keterbatasan menyiapkan proposal,

Mencuri waktu, sedikit cuma.

Dua pelajar UPSI meninggal akibat kemalangan,

Doa sahabat tak putus-putus,

Walau tidak ku kenali,

Kerana kamu saudara sedunia akhirat,

Aku mendoakan moga tenang di sana,

Moga akan ada juga yang akan mendoakan aku selepas ini,

Suburkan bunga kemboja putih di atas pusara.

Hakikat hidup adalah mati,

Hakikat dunia adalah akhirat.


Wednesday, January 11, 2012

aku gembira. sekian.

Malam yang sangat menggembirakanJ

Terasa seperti ingin senyum sepanjang malam,

Mendapat panggilan dari seseorang yang aku rindui,

Terus senyum hingga ke telinga.

NAM,

Dua tahun setengah,

Aku tidak mendengar celoteh,

Bicara,

Jua tawamu.

Tapi di saat aku benar2 mengingatimu,

Rindukanmu,

Engkau muncul,

Bagai ada kuasa telepati,

Yang terpatri,

Seperti yang aku kata,

“kita berdua ada hubungan”

p/s: Terima kasih untuk membahagiakan aku. Kita kawan sampai bila2 kan?:D

Aku akan cuba untuk membahagiakanmu jua. Saling menjaga.

Sunday, January 1, 2012

Kita Ada Lebih Dari Dua Pilihan

Berubah, berubah, berubah,

senang diungkap, sukar untuk diimplementasikan.

Nama Universiti Pendidikan Sultan Idris makin panas,

Sekarang lebih berminat untuk menjadi seperti Khoo Kay Kim (hanya sebagai pemerhati),

Bukan sebagai pembangkang atau penyokong.

Mungkin jika DS Anwar atau DS Najib nak ambik diri ini sebagai pelapis wakil rakyat,

Boleh dipertimbangkan untuk aktif dalam arena ‘pembunuhan’ ini, MUNGKIN.

p/s: pesanan dari seorang teman, berdoalah. Bukan mencaci. Berdoa supaya pemimpin diberikan hidayah, bukan dengan mencaci, menjatuhkan hukuman kepadanya kerana tidak mentadbir mengikut syariat. Usah dihamburkan seribu satu ketidakpuasan sedang diri belum memberikan apa-apa pengorbanan walau sepicing doa. Ya, DOA.

Bagi aku pula, jika semua terjun ke medan politik, siapa yang akan mendalami bidang ilmu. Sebagai perumpamaannya, jika di zaman nabi, semua orang terjun ke medan jihad untuk berperang dan kebanyakannya meninggal seperti ulama, maka pada siapa akan diwarisi ilmu itu? justeru, ada yang mengambil keputusan untuk berjihad di medan perang dan ada yang berkeputusan untuk meneruskan pengembaraan dalam bidang ilmu.

Saturday, December 17, 2011

Syukur untuk Redha.

Bismilahi wal hamdulilah

Masih hidup.

Berbicara dengan sahabat mengenai tanda-tanda orang yang akan meninggal.

Tertanya diri sendiri, bagaimana agaknya tanda itu nanti.

Adakah dapat dirasai,

atau mungkin sekadar seperti angin,

menyapa seketika sebelum bertiup pergi.

Alangkah beruntungnya mereka yang didiagnosis berpenyakit,

Sekurang-kurangnya tahu diri akan dijemput tidak lama lagi.

Alangkah indahnya jika mereka mensyukuri.

Engkau mengambil kami dari keletihan dunia,

Untuk direhatkan di sisi-Mu di alam sana.

Sungguh, dunia ini meletihkan.

Thursday, December 8, 2011

Erti Hidup dengan Rungutan

Masing-masing punya assignment untuk diselesaikan. Tapi keluhan sering kedengaran, termasuk aku. Membaca satu ungkapan, ‘yang mengajar erti ilmu dan pendidikan adalah assignment. Assignment mengajar erti hidup, hidup berkumpulan dan karenah manusia, peperiksaan hanya menguji mental, hafalan dan kefahaman, serta keupayaan memori, sama ada jangka pendek mahupun panjang. Peperiksaan mungkin boleh dicemerlangkan sewaktu belajar saat-saat akhir, tetapi assignment adalah pembelajaran berterusan dan aplikasi’.

Cuba untuk mengurangkan keluhan, pahala tidak, bahkan dosa yang dicari. Tapi halwa telinga masih 'sakit’ mendengar keluhan teman lain. Jangan difikir diri yang paling sengsara, tapi letakkan diri sebagai seorang yang bertuah. Nak mencapai tahap redha aku akui bukan mudah, tapi melalui pembelajaran yang berterusan mampu mendidik diri.

Sedang cuba untuk kurangkan bercakap, tapi dalam masa yang sama kurang juga sifat ingin mendengar!

Harus diperbaiki.

Wednesday, November 30, 2011

Makna di Sebaliknya


Baru dimengerti bait-bait lirik Aisya Humaira.

Sedang sebelum ini hanya tahu meniti di bibir,

tanpa mengetahui sejarah di sebaliknya.

Alhamdulilah, jika orang lain galak menongkah arus ke hadapan,

Aku berkeputusan untuk kembali ke belakang.

Bagi merungkai persoalan yang bermain di fikiran.

Alkisahnya:

Aishah turut menyertai rombongan Rasullah ke perkampungan Bani Musthaliq untuk memerangi mereka yang merancang untuk menyerang Kota Madinah. Sesungguhnya kemenangan milik tentera Islam, dengan dibekalkan semangat jihad yang tinggi.

Semasa dalam perjalanan pulang, mereka singgah di suatu tempat untuk berehat, Aishah keluar dari tempat usungannya untuk membuang air tanpa disedari sesiapapun. Apabila dia kembali, didapatinya tentera Islam sudah meninggalkan tempat itu. Aishah terus duduk di situ dengan harapan akan ada orang yang mencarinya.

Tidak lama kemudian, Shafwan bin Mu’thal as-Sulami yang berada di pasukan belakang bagi memastikan keselamatan tentera Islam lalu di tempat itu. Dia terkejut melihat Aishah di situ seorang diri, lalu mempelawa Aishah menaiki untanya sementara dia sendiri berjalan kaki hingga tiba di Madinah.

Abdullah bin Ubay, seorang yang munafik, menghebahkan kepada orang ramai kononnya Aishah dan Shafwan telah melakukan perkara yang tidak baik. Fitnah itu tersebar hingga ke pengetahuan Rasullah.

Baginda begitu tertekan. Tidak lama kemudian turun ayat al-Quran: surah an-Nur, ayat 11:

“sesungguhnya mereka yang menyebarkan berita bohong itu ialah daripada kalangan kamu juga. Janganlah kamu menyangka itu keburukan bagi kamu, bahkan kebaikan bagi kamu. Tiap-tiap orang di antara kamu menanggung dosa yang dilakukannya. Mereka yang membuat dosa besar untuknya seksa yang besar pula.”

Surah an-Nur ayat 23:

“sesungguhnya mereka yang menuduh perempuan suci yang baik lagi beriman itu, mereka dikutuki di dunia dan di akhirat dan untuk mereka seksaan yang dasyat.”

Dengan turunnya ayat ini, nama Aishah bersih daripada tuduhan itu. Alhamdulilah.

Tuesday, November 29, 2011

Rinduku pada Ali bin Abi Talib

Kalau Ustaz Hasrizal, Rindu Bau Pohon Tin.

Ingin memetik salah satu pengalaman beliau:

Kehairanan apabila pelajar-pelajar dari Pattani tidak hadir ke kelas. Rakan-rakan dari Patani kuat mengaji, jual kerbau, gadai bendang untuk datang menuntut ilmu di Dataran Syam.

Diselidik, rupanya mereka tidak ada duit tambang nak ke kelas. Usahkan nak ke kelas, makan hanyalah roti keras dengan bawang cecah garam! Setiap hari hanya seorang akan ke kelas sebagai wakil untuk mengambil nota.

Bukan makanan yang menjadi persoalan di sini, tapi kesungguhan untuk menuntut ilmu. Argh, aku makin rasa rendah diri.

Aku ingin menjadi seperti Ali Bin Abi Talib- mutiara ilmuwan Islam. Mungkinkah?

p/s: Menghadiri ceramah Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, membicarakan bab aqidah. Terasa seperti ada tangan yang meraba, dan dia tersenyum. Ok, aku tertidur dalam majlis ilmu!

Komen dari teman lain: kalau Kin duk sebelah akak, akak cubit-cubit je, ceramah bukan main best, dia boleh pulak tidur!