Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan
merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima
balasan)
-Surah al-Ankabut, ayat 57
Hanya saja, bila peristiwa itu akan
berlaku, tak ada siapa yang tahu kecuali Sang Pemilik kehidupan. Pada saat ajal
telah tiba, tak seorang pun mampu menunda bahkan menyegerakannya. Kematian begitu
dekat dengan diri kita. Momen-momen kematian yang dialami oleh ahli keluarga,
saudara atau teman adalah tanda bahwa kita suatu saat pasti akan mengalaminya.
Tanda 100 hari sebelum
sakaratulmaut.
Ini
adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambaNya dan hanya akan disedari
oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan
mendapat tanda ini, sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya
selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung
kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti jika
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan
bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi
mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati
maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran
tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi
kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang
sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk
memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan
yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
-1 Rejab 1434-
0 ekor kura2:
Post a Comment