BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 22, 2021

Sampai syurga

 dari bumi terengganu ke melaka.

indah takdir tuhan.

walau berseorangan,dia hadirkan kekuatan.

ketemu insan yang berjanji bersahabat sampai syurga,

nikmat mana lagi nak didustakan.


sayang tetapi, syaitan mainkan peranan.

badai melanda.

bersoraklah dia.


namun tuhan masih sayang pada hambanya,

disuburkan kembali rasa cinta dan kasih sebagai sahabat,

dihadirkan rasa rindu yang membuak-buak,

indah sungguh bila saling mengingati kerana Allah.


turun naik dalam bersahabat adalah ujian.

untuk kita lebih menghargai,

dia yang selalu ada di sisi.

Tuhan, jaga dia untukku.

0 ekor kura2:

Post a Comment