Rabu, 27 Febuari 2013, 8.00 malam
Aku
naik bas untuk balik ke Terengganu.
Khamis, 28 Febuari 2013, 3.00 pagi
Kakak
telefon, tanya aku dah sampai mana. Aku mamai sebab baru bangun tidur. Baru aku
perasan yang aku dah sampai Marang. Dekat pukul 4 aku telefon kakak, dah sampai
dekat Masjid Terapung. Tak lama tunggu, dia datang ambik. Kereta bergerak tak
sampai seminit, kakak bagitahu yang Tokki dah xada. Aku tegamam. Tak terus menangis
sebab aku tak pecaya. Berhenti di sekolah Ladang, ambik anak sedara yang duduk
di asrama bawak balik.
Hampir
pukul 5.00 pagi sampai dekat rumah Tokki. Aku tengok ada tilam di ruang tamu. Ditutup
dengan kain pelikat. Aku terus buka kain pelikat, aku tengok wajah dia. Terdetik
di hati, macam muka mereka yang syahid, putih sangat, cantik sangat. Aku cium
pipi dia, Ya ALLAH, sejuk sangat. Aku pegang tangan dia, kaku. Wangi di
sekeliling pembaringannya. Terus aku ambil wudhu, aku bacakan yasin untuk dia. Subuh
makin hampir, mereka yang ke masjid berhenti di rumah Tokki kerana melihat
keadaan yang luar biasa.
Hampir
pukul 8.00 pagi, kesemua anak, cucu dan cicit sudah sampai. Kalau aku tak balik
semalam, masa ni belum tentu aku dah ada di rumah. Syukur ALLAH gerakkan hati
aku untuk balik. Sepupu yang kerja di Selangor kebetulan tengah bercuti. Yang lain
hanya di sekitar Kuantan, tak ambil masa yang lama untuk balik.
Lebih
kurang pukul 10 lebih, datang orang yang mandikan jenazah. Kalaulah aku lelaki,
tentu aku turut serta mandikan Tokki. Sangat sekejap mandikan Tokki, tak rumit.
Aku tunggu dekat dengan pembaringannya tadi. Aku lihat mereka mula
mengafankannya. Dia memberi peluang untuk menatap wajah Tokki buat kali
terakhir. Seorang demi seorang mula menghadiahkan ciuman perpisahan. Wajah Tokki
ditutup. Tiada lagi wajah tua, berubah putih, berjanggut putih untuk ditatap. Keranda
tersedia, Tokki diletakkan di dalamnya.
Dekat
pukul 11, Tokki diusung untuk disolatkan di masjid. Selesai solat, Tokki terus
dibawa ke tanah perkuburan. Aku ikut. Hujan renyai2. Semua orang menyuruh aku
balik. Kakak mengajak aku balik. Tapi aku tak nak. Aku lihat batu nisan
dipacak. Talkin dibaca, doa diaminkan. Berat rasa untuk melangkah balik, Ya
ALLAH Kau permudahkan Tokki ketika disoal Mungkar dan Nakir.
Masih
sukar untuk aku terima hakikat, payah untuk terima kebenaran. Aku masih tak
selesa orang menyebut Tokki sebagai arwah. Biarlah Tokki terus disebut sebagai
Tokki.
1 ekor kura2:
Al-Fatihah..
Post a Comment