BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 4, 2013

Hilang.


Rabu, 27 Febuari 2013, 8.00 malam
Aku naik bas untuk balik ke Terengganu.

Khamis, 28 Febuari 2013, 3.00 pagi
Kakak telefon, tanya aku dah sampai mana. Aku mamai sebab baru bangun tidur. Baru aku perasan yang aku dah sampai Marang. Dekat pukul 4 aku telefon kakak, dah sampai dekat Masjid Terapung. Tak lama tunggu, dia datang ambik. Kereta bergerak tak sampai seminit, kakak bagitahu yang Tokki dah xada. Aku tegamam. Tak terus menangis sebab aku tak pecaya. Berhenti di sekolah Ladang, ambik anak sedara yang duduk di asrama bawak balik.

Hampir pukul 5.00 pagi sampai dekat rumah Tokki. Aku tengok ada tilam di ruang tamu. Ditutup dengan kain pelikat. Aku terus buka kain pelikat, aku tengok wajah dia. Terdetik di hati, macam muka mereka yang syahid, putih sangat, cantik sangat. Aku cium pipi dia, Ya ALLAH, sejuk sangat. Aku pegang tangan dia, kaku. Wangi di sekeliling pembaringannya. Terus aku ambil wudhu, aku bacakan yasin untuk dia. Subuh makin hampir, mereka yang ke masjid berhenti di rumah Tokki kerana melihat keadaan yang luar biasa.

Hampir pukul 8.00 pagi, kesemua anak, cucu dan cicit sudah sampai. Kalau aku tak balik semalam, masa ni belum tentu aku dah ada di rumah. Syukur ALLAH gerakkan hati aku untuk balik. Sepupu yang kerja di Selangor kebetulan tengah bercuti. Yang lain hanya di sekitar Kuantan, tak ambil masa yang lama untuk balik.

Lebih kurang pukul 10 lebih, datang orang yang mandikan jenazah. Kalaulah aku lelaki, tentu aku turut serta mandikan Tokki. Sangat sekejap mandikan Tokki, tak rumit. Aku tunggu dekat dengan pembaringannya tadi. Aku lihat mereka mula mengafankannya. Dia memberi peluang untuk menatap wajah Tokki buat kali terakhir. Seorang demi seorang mula menghadiahkan ciuman perpisahan. Wajah Tokki ditutup. Tiada lagi wajah tua, berubah putih, berjanggut putih untuk ditatap. Keranda tersedia, Tokki diletakkan di dalamnya.

Dekat pukul 11, Tokki diusung untuk disolatkan di masjid. Selesai solat, Tokki terus dibawa ke tanah perkuburan. Aku ikut. Hujan renyai2. Semua orang menyuruh aku balik. Kakak mengajak aku balik. Tapi aku tak nak. Aku lihat batu nisan dipacak. Talkin dibaca, doa diaminkan. Berat rasa untuk melangkah balik, Ya ALLAH Kau permudahkan Tokki ketika disoal Mungkar dan Nakir.

Masih sukar untuk aku terima hakikat, payah untuk terima kebenaran. Aku masih tak selesa orang menyebut Tokki sebagai arwah. Biarlah Tokki terus disebut sebagai Tokki. 

1 ekor kura2:

Post a Comment