BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 29, 2012

Bersama anak-anak


Selesai sudah khidmat bakti di PDK Sg Choh. Lain benar suasana jika dibandingkan dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan sebelum ini. Mungkin kerana di sini, ada insan-insan istimewa, yang bermacam peel. Zikri, terasa sayang untuk berpisah. Kecil orangnya, tapi apabila mengamuk, letih mahu menenangkannya. Bak kata cikgunya, samseng Sungai Buaya. Kawan aku ada yang kena tampar dengan budak, ada yang kena tarik tudung dan ada jugak yang kena minta no telefon!!

Satu ayat untuk menggambarkan suasana pada hari kejadian, ‘penat tapi puas’. Kepada yang tidak berpeluang mendekati anak-anak istimewa, tak rugi untuk mencuba bersama mereka walau hanya seminit. Cuba untuk masuk dalam komuniti mereka, cuba memahami kehendak, perangai dan tingkah laku mereka. Moga kami terus istiqamah di jalanmu YA ALLAH, berbakti untuk mereka yang ‘teristimewa’. Hanya mereka yang kuat dikurniakan anak istimewa, hanya mereka yang ikhlas mampu mendidik anak-anak istimewa.




0 ekor kura2:

Post a Comment