Berubah, berubah, berubah,
senang diungkap, sukar untuk diimplementasikan.
Nama Universiti Pendidikan Sultan Idris makin panas,
Sekarang lebih berminat untuk menjadi seperti Khoo Kay Kim (hanya sebagai pemerhati),
Bukan sebagai pembangkang atau penyokong.
Mungkin jika DS Anwar atau DS Najib nak ambik diri ini sebagai pelapis wakil rakyat,
Boleh dipertimbangkan untuk aktif dalam arena ‘pembunuhan’ ini, MUNGKIN.
p/s: pesanan dari seorang teman, berdoalah. Bukan mencaci. Berdoa supaya pemimpin diberikan hidayah, bukan dengan mencaci, menjatuhkan hukuman kepadanya kerana tidak mentadbir mengikut syariat. Usah dihamburkan seribu satu ketidakpuasan sedang diri belum memberikan apa-apa pengorbanan walau sepicing doa. Ya, DOA.
Bagi aku pula, jika semua terjun ke medan politik, siapa yang akan mendalami bidang ilmu. Sebagai perumpamaannya, jika di zaman nabi, semua orang terjun ke medan jihad untuk berperang dan kebanyakannya meninggal seperti ulama, maka pada siapa akan diwarisi ilmu itu? justeru, ada yang mengambil keputusan untuk berjihad di medan perang dan ada yang berkeputusan untuk meneruskan pengembaraan dalam bidang ilmu.
0 ekor kura2:
Post a Comment