BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 15, 2011

Siapa kita?

Selalu berkata, ‘kafir tempatnya di neraka’.

Tapi salah siapa?? Salah paderi mereka kah, salah sami mereka kah yang tidak mengislamkan mereka?

Seorang Cina yang tinggal di Malaysia, dikelilingi jiran2 Melayu, disekolahkan di sekolah kebangsaan namun didedahkan dengan ISLAM hanya apabila berada di luar negeri. Kenapa bukan di Negara ISLAM ini sendiri. Persepsi orang Melayu, ISLAM hanya untuk Melayu. Marah?

Itulah hakikat, dan sang mualaf ini dianggapnya sebagai orang yang tidak tahu apa2 tentang ISLAM berbanding dia yang sudah hidup berpuluh-puluh tahun sebagai ISLAM.

Apa yang dah aku buat untuk ISLAM?azam aku nak mengislamkan Leon Lai, Chow Yun Fatt, Stephen Chow, Ekin Chen (da dekat benor dengan nama aku :)) and bla3.........as a caliph, insyaallah..kalau xberjaya, aku mintak maaf:(

‘Aik asal semua Cina je?’ dah hati aku tergerak nak cari Cina mualaf nak buat macam mana!

Habis tu Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, tu bukan Cina ke?

Erk, Anwar pun xdapat nak ISLAM kan diorang, aku lebihlah lagi!!(jahatkah aku?)

Teringat seorang pensyarah yang sering berhati-hati menuturkan kata2 apabila melibatkan kaum2 di Malaysia. ‘Cina, India semua tu sahabat kita’ ,ayat yang selalu dituturkannya. Aku sangat hormatkan dia, insyaallah sampai aku mati. Dia mengajarkan aku supaya jangan terlalu obsess dalam politik walaupun politik itu bidangnya. Bagi aku, tutur katanya yang sering ingin menjaga hati semua kaum adalah 1 dakwah secara halus. Walaupun seorang itu penuh ilmu di dada, tapi kalau bersyarah asyik mengata orang lain seakan-akan non-muslim makin susah nak terima ajaran ISLAM.

::ISLAM itu ADDIN::

1 ekor kura2:

SU_EDA said...

yup Islam itu mmg menyeluruh...

Post a Comment