BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 17, 2011

zaman inesen: sekolah rendah

Memori aku tak dapat ingat banyak sangat apa peristiwa yang dah terjadi tapi sesetengah masih mampu aku ingat dengan baik. Masa darjah tiga mungkin, aku join kumpulan gengster. Ambik kau Syamsul, sebelum kau buat KL Gangster, aku dah lama adakan Kebor Air Gangster! Budak kelas aku pecah kepada 2 kumpulan. Aku of kos la kumpulan ‘baik’, untuk menentang kumpulan jahat. Setiap petang yang tak ada kelas agama iaitu Rabu dan Khamis, kami akan berjumpa di belakang kantin dekat dengan jamban untuk buat perhitungan. Aku ingat lagi, memang lagak samseng kami waktu tu. Tapi aku tak ingat macam mana boleh tertubuhnya kumpulan2 ni.

Dan yang paling menjengkelkan lagi, budak perempuan sahaja yang bergaduh ni! Budak laki tak campur langsung. Kalau tak salah aku sampai tumbuk2 lagi. Tapi aku betul tak ingat macam mana kami semua boleh jadi baik semula, usaha cikgu atau mak ayah ke apa ntah la. Tapi yang pasti sekarang aku dan puok2 pelampau tu semua dah tobat. Walau sekampung, jarang dah dapat jumpa budak2 sekolah rendah dulu. Masing2 dah ada haluan sendiri, ada yang dah kahwin, ada yang dah kerja, belajar dan sebagainya.

Budak batch aku tak ramai, jadi dari darjah 1 sampai darjah 4 kalau tak salah, hanya ada satu kelas untuk kami. Kadang2 jeles tengok adik2 yang ada pembahagian kelas sedangkan kami tak ada pembahagian pun. Naik darjah 5 baru kami dipecahkan kepada dua kelas. Masa tu baru rasa kehilangan sebab sebelum ni tak pernah dipisahkan pun. Minat aku dengan nombor ‘3’ bermula dari sekolah rendah kerana aku salu dapat nombor ‘3’ dalam exam. Macam manalah tak jatuh hati. Aduhaii....

‘Ustazah, kalau eja pengetahuan dengan pengatahuan, boleh terima tak?”, budak kelas aku yang bernama Edah bertanya Ustazah Radziah. “Meh Ustazah tengok sape yang buat salah tu. La hok eking, boleh la”. Masa tu kami diminta menanda kertas kawan2 usai ujian agama, ujian jawi ke rumi. ڤڠتاهوان, ڠا kan ejanya nga, jadi apa salah aku??i’m inesen:(. Tapi aku ingat perkataan ni sampai sekarang walaupun aku baru darjah 2 masa tu, kuat betul penangannya.hihi, TQ ustazah:)

Satu lagi yang aku ingat masa aku darjah 4 kot, dah terpilih untuk sarung jersi bola jaring wakil sekolah. Cikgu tengok tang mana aku ada bakat tak tahu la. Tapi yang pasti aku tak menyumbang mana kepada pembangunan negara sekolah. Satu lagi peristiwa, aku dan 3 orang lagi anak cikgu mewakili sekolah dalam kuiz kesihatan. Kami menang peringkat daerah Kuala Terengganu dan wakil bagi daerah Kuala Terengganu bagi peringkat Negeri Terengganu. Kami berempat selalu berlatih, sampaikan Cikgu Fauzi sanggup sedia tempat dekat rumah dia untuk ajar kami, siap dengan makanan sekali. Next competition diadakan di SMK Sultan Ismail, Kemaman. Tapi salah aku, kami hanya mampu dapat tempat ke-4. Salah aku yang malas menghafal.

0 ekor kura2:

Post a Comment