BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 29, 2011

zaman pra matang: sekolah menengah

Tingkatan 1, asalnya aku duduk di kelas Arab, tapi disebabkan cik ‘S’ aka setan kuat menghasut, aku mintak tukar nak duduk kelas biasa. Aku betul2 tak ingat macam mana aku boleh rapat dengan budak tiga orang tu. Siapa? Tentulah Mirah, Su dan jugak Wani. Mungkin sebab duduk dekat2 kot dalam kelas. Tak lupa jugak Fiza, Hazirah, Miza dan jugak Suhada. Naik tingkatan 2, ada budak baru masuk. Oh, rupanye budak tu kawan Miza. Mentang2 kawan dia dah ada dalam kelas aku, cakap dengan Miza tu je la. Lama2 baru jadi kawan, dan sekarang budak baru tu dah jadi membe kamcing, Ada namanya.

Lepas PMR masing2 bawak haluan masing2. Aku dan Wani dapat melanjutkan pelajaran (skematik betul ayat) ke MRSM KT, Mirah ke MRSM Kuantan jadi tinggallah si Su itu berseorangan sebab asalnya kami berempat yang betul2 rapat. Aku tak tahu lah apa yang dia rasa. Nasib baik lagi, aku dan Wani dapat sedorm, katil siap depan2 lagi. Hampir setiap petang jugak aku akan telefon Su, kenapa? aku pun tak tahu, rindu kot. tapi dia selalu tak balik sekolah lagi waktu aku telefon, mak dia kata dia menjual kat kiosk. Tapi yang nasib tak baiknya, lepas je habis minggu orientasi, masuk kelas sehari dua, aku mintak keluar. Kenapa? Alasan yang aku bagi sebab dekat sangat dengan rumah. Tak best. Korang ingat ade yang nak percaya alasan aku ni? Sebenarnya ada sebab lain yang tak pernah dan tak akan aku bagitahu faktor2 yang menyebabkan aku membuat keputusan paling ‘bijak’ untuk hidup aku. Terbaik lah! Lupekan.

Kembali ke sekolah lama, aku ingat lagi subjek BM aku fail pada test yang pertama! Oi, ni Melayu ke ape? Sampai kena perli,’ai lepasan mrsm pun fail BM ke?’. Tahan je la labu oi. Jumpa pengetua, “dulu sebelum kamu keluar dari sekolah ni, kamu ada jumpa tak saya?” Puan Pengetua tanya aku.

“Tak dan nak jumpa Puan”, aku menjawab.

“Hurm, patutnya kamu jumpa saya dulu, boleh saya beri nasihat susahnya hidup di asrama tu macam mana”.

Dalam hati aku, ‘cakap je la tak nak bagi aku keluar sebab ramai budak2 ceredik yang dah keluar, haha’. Jahat3.

Kelas yang paling aku takut, kelas add math. Senior2 dah bagi warning awal2 tentang cikgu tu, Cikgu Fatimah (CF). Nasib baik dia tengah cuti pantang lagi, jadi cikgu ganti yang ajar dulu. Then sampailah masa Cikgu Fatimah ni masuk mengajar, nak kabo tahap kegarangannya ni, sampaikan budak yang baru masuk sekolah aka kelas aku balik semula ke sekolah lama. Aku? Gila ke apa kalau aku nak balik ke MRSM tu, tak nak aku kena bamboo dengan semua orang.

...............................

Sunday, July 17, 2011

zaman inesen: sekolah rendah

Memori aku tak dapat ingat banyak sangat apa peristiwa yang dah terjadi tapi sesetengah masih mampu aku ingat dengan baik. Masa darjah tiga mungkin, aku join kumpulan gengster. Ambik kau Syamsul, sebelum kau buat KL Gangster, aku dah lama adakan Kebor Air Gangster! Budak kelas aku pecah kepada 2 kumpulan. Aku of kos la kumpulan ‘baik’, untuk menentang kumpulan jahat. Setiap petang yang tak ada kelas agama iaitu Rabu dan Khamis, kami akan berjumpa di belakang kantin dekat dengan jamban untuk buat perhitungan. Aku ingat lagi, memang lagak samseng kami waktu tu. Tapi aku tak ingat macam mana boleh tertubuhnya kumpulan2 ni.

Dan yang paling menjengkelkan lagi, budak perempuan sahaja yang bergaduh ni! Budak laki tak campur langsung. Kalau tak salah aku sampai tumbuk2 lagi. Tapi aku betul tak ingat macam mana kami semua boleh jadi baik semula, usaha cikgu atau mak ayah ke apa ntah la. Tapi yang pasti sekarang aku dan puok2 pelampau tu semua dah tobat. Walau sekampung, jarang dah dapat jumpa budak2 sekolah rendah dulu. Masing2 dah ada haluan sendiri, ada yang dah kahwin, ada yang dah kerja, belajar dan sebagainya.

Budak batch aku tak ramai, jadi dari darjah 1 sampai darjah 4 kalau tak salah, hanya ada satu kelas untuk kami. Kadang2 jeles tengok adik2 yang ada pembahagian kelas sedangkan kami tak ada pembahagian pun. Naik darjah 5 baru kami dipecahkan kepada dua kelas. Masa tu baru rasa kehilangan sebab sebelum ni tak pernah dipisahkan pun. Minat aku dengan nombor ‘3’ bermula dari sekolah rendah kerana aku salu dapat nombor ‘3’ dalam exam. Macam manalah tak jatuh hati. Aduhaii....

‘Ustazah, kalau eja pengetahuan dengan pengatahuan, boleh terima tak?”, budak kelas aku yang bernama Edah bertanya Ustazah Radziah. “Meh Ustazah tengok sape yang buat salah tu. La hok eking, boleh la”. Masa tu kami diminta menanda kertas kawan2 usai ujian agama, ujian jawi ke rumi. ڤڠتاهوان, ڠا kan ejanya nga, jadi apa salah aku??i’m inesen:(. Tapi aku ingat perkataan ni sampai sekarang walaupun aku baru darjah 2 masa tu, kuat betul penangannya.hihi, TQ ustazah:)

Satu lagi yang aku ingat masa aku darjah 4 kot, dah terpilih untuk sarung jersi bola jaring wakil sekolah. Cikgu tengok tang mana aku ada bakat tak tahu la. Tapi yang pasti aku tak menyumbang mana kepada pembangunan negara sekolah. Satu lagi peristiwa, aku dan 3 orang lagi anak cikgu mewakili sekolah dalam kuiz kesihatan. Kami menang peringkat daerah Kuala Terengganu dan wakil bagi daerah Kuala Terengganu bagi peringkat Negeri Terengganu. Kami berempat selalu berlatih, sampaikan Cikgu Fauzi sanggup sedia tempat dekat rumah dia untuk ajar kami, siap dengan makanan sekali. Next competition diadakan di SMK Sultan Ismail, Kemaman. Tapi salah aku, kami hanya mampu dapat tempat ke-4. Salah aku yang malas menghafal.

Friday, July 15, 2011

Siapa kita?

Selalu berkata, ‘kafir tempatnya di neraka’.

Tapi salah siapa?? Salah paderi mereka kah, salah sami mereka kah yang tidak mengislamkan mereka?

Seorang Cina yang tinggal di Malaysia, dikelilingi jiran2 Melayu, disekolahkan di sekolah kebangsaan namun didedahkan dengan ISLAM hanya apabila berada di luar negeri. Kenapa bukan di Negara ISLAM ini sendiri. Persepsi orang Melayu, ISLAM hanya untuk Melayu. Marah?

Itulah hakikat, dan sang mualaf ini dianggapnya sebagai orang yang tidak tahu apa2 tentang ISLAM berbanding dia yang sudah hidup berpuluh-puluh tahun sebagai ISLAM.

Apa yang dah aku buat untuk ISLAM?azam aku nak mengislamkan Leon Lai, Chow Yun Fatt, Stephen Chow, Ekin Chen (da dekat benor dengan nama aku :)) and bla3.........as a caliph, insyaallah..kalau xberjaya, aku mintak maaf:(

‘Aik asal semua Cina je?’ dah hati aku tergerak nak cari Cina mualaf nak buat macam mana!

Habis tu Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, tu bukan Cina ke?

Erk, Anwar pun xdapat nak ISLAM kan diorang, aku lebihlah lagi!!(jahatkah aku?)

Teringat seorang pensyarah yang sering berhati-hati menuturkan kata2 apabila melibatkan kaum2 di Malaysia. ‘Cina, India semua tu sahabat kita’ ,ayat yang selalu dituturkannya. Aku sangat hormatkan dia, insyaallah sampai aku mati. Dia mengajarkan aku supaya jangan terlalu obsess dalam politik walaupun politik itu bidangnya. Bagi aku, tutur katanya yang sering ingin menjaga hati semua kaum adalah 1 dakwah secara halus. Walaupun seorang itu penuh ilmu di dada, tapi kalau bersyarah asyik mengata orang lain seakan-akan non-muslim makin susah nak terima ajaran ISLAM.

::ISLAM itu ADDIN::

Tuesday, July 5, 2011

MENGARUT

Aku bukan penyokong kerajaan bulat2 dan aku bukan juga penghentam pembangkang secara total. Teringat semasa di tingkatan 5(2007) kami dah start talking about the election, semua ada pandangan masing2 tapi kami ‘berbincang’ dalam suasana yang ‘tenang’means suara tu masih kekal ayu gitu. Tu zaman budak2, haish. Lupekan.

Sekarang dah demam PRU balik, status kawan di FB, “aku suka tengok brite tapi sekarang xsuke sbb asyik nak gaduh sana sini je”, kurang lebih macam tu bunyinye. Ramai yang rasa macam tu, sampaikan TV3 siap ulang kisah tragedi 13 Mei, tergelak jap aku (jahat cam setan). Ni semua gara2 ‘BERSIH’ aka fenomena kuning y diuar-uarkan bakaldirasmikan diadakan pada 9 JULAI. Kompem hari itu aku akan menjadi se’bersih2’ manusia kerana kempen ni (kalau ingat la). Cis menganjingkucing lagi.

Yang aku lagi perasan, nampak sgt macam Tok Jib takut kat budaya Kuning ni. Tu la orang kate, kaya2 pun x aman jugak haha. DIGI kompem kena blacklist kalo xtukor theme colour pasni. Ok, jujur aku XSOKONG langsung ‘bersih’ ni. Aku perhati orang2 Melayu yang berjuang bersama DAP dah jadi macam lembu kena cucuk hidung. Aku bukan anti Cina. Diulangi, bukan anti Cina ok tapi hanya anti Cina DAP sahaja!

Belah kerajaan pulak banyak isu yang ditimbulkan pembangkang membabitkan KEWANGAN. Belanja hotel, belanja kediaman, belanja beg Kak Mah, belanja bla3 dan paling aku hangin belanja FB kementerian pelancongan. Tok Jib2, xkan xnampak lagi pembaziran2pengeluaran tu semua. RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. 1M untuk Kak Mah.

Slogan yang cantik tapi pelaksanaan yang xberapa comel. Sekian.

::Khas untuk ORANG MELAYU::

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

p/s: aku nak calon Cina mualaf, ade x?