BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 5, 2011

BULAN REJAB

Bersempena kita berada dalam bulan Rejab, aku terpanggil untuk menitipkan antara amalan2 yang boleh dilakukan sepanjang bulan ini. Moga kita sama-sama beramal untuk beroleh kebaikan-Nya.

Nabi s.a.w. telah bersabda; " Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebut sebagai Sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Barang siapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab Allah akan memberinya minum dari sungai itu” – Riwayat Baihaqi.

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasa pada 27 haribulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti berpuasa 1000 tahun kerana kebesaran hari Israk-Mikraj." Nabi s.a.w. bersabda; " Siapa yang mengunjungi orang sakit, maka dia sentiasa berada dalam sebuah taman syurga penuh dengan buah-buahan yang dipetik sampai dia kembali”. –Riwayat Tirmidzi.


0 ekor kura2:

Post a Comment