Aku suka menjadi pengkritik, kini aku bersedia menerima kritikan.
Aku seringkali terasa hati, kini aku belajar menerima kepedihan itu.
Kata-kata lebih tajam dari mata pedang,
Jagalah mata mulut itu sebelum ia ‘membunuh’ saudara mu.
Aku mahu mencipta kenangan, kini aku pahatkannya jauh dalam ingatan.
Kenangan manis untuk dikenang,
Kenangan pahit kusematkan jauh ke dasar lautan.
Aku ingin menjadi penyenang jalan u orang lain, kini aku cuba u menjadi pemudahcara.
Aku pernah punya ego setinggi KLCC, tapi kini aku cuba merapuhkannya serapuh Stadium Sultan Zainal Abidin.
Aku pernah menyayangi insan saparuh mati, kini aku belajar untuk melupakannya.
Cintakan bunga, bunga kan layu,
Cintakan manusia, manusia kan mati,
Cintakan ALLAH, ALLAH kan kekal abadi.
Aku pernah takbur dalam kurniaan nikmat-Nya, kini aku redha andainya ia ditarik kembali.
Aku selalu alpa tentang ‘ITU’ dan mulai kini aku akan sentiasa mengingatinya.
0 ekor kura2:
Post a Comment