BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 11, 2013

Kematian: Misteri Kehidupan I

Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)

-Surah al-Ankabut, ayat 57

Hanya saja, bila peristiwa itu akan berlaku, tak ada siapa yang tahu kecuali Sang Pemilik kehidupan. Pada saat ajal telah tiba, tak seorang pun mampu menunda bahkan menyegerakannya. Kematian begitu dekat dengan diri kita. Momen-momen kematian yang dialami oleh ahli keluarga, saudara atau teman adalah tanda bahwa kita suatu saat pasti akan mengalaminya.

Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

-1 Rejab 1434-