Selesai
sudah khidmat bakti di PDK Sg Choh. Lain benar suasana jika dibandingkan dengan
aktiviti-aktiviti yang dilakukan sebelum ini. Mungkin kerana di sini, ada insan-insan
istimewa, yang bermacam peel. Zikri, terasa sayang untuk berpisah. Kecil
orangnya, tapi apabila mengamuk, letih mahu menenangkannya. Bak kata cikgunya,
samseng Sungai Buaya. Kawan aku ada yang kena tampar dengan budak, ada yang
kena tarik tudung dan ada jugak yang kena minta no telefon!!
Satu
ayat untuk menggambarkan suasana pada hari kejadian, ‘penat tapi puas’. Kepada yang
tidak berpeluang mendekati anak-anak istimewa, tak rugi untuk mencuba bersama
mereka walau hanya seminit. Cuba untuk masuk dalam komuniti mereka, cuba
memahami kehendak, perangai dan tingkah laku mereka. Moga kami terus istiqamah
di jalanmu YA ALLAH, berbakti untuk mereka yang ‘teristimewa’. Hanya mereka
yang kuat dikurniakan anak istimewa, hanya mereka yang ikhlas mampu mendidik
anak-anak istimewa.