Mendapat tahu akan nasib malang yang menimpa schoolmate anak saudaraku yang sulung. Ibu bapanya kemalangan semasa dalam perjalanan ke sekolah Imtiaz Kemaman. Berita yang aku tahu, dua adiknya dalam keadaan kritikal, kondisi ibu bapanya tak dapat dipastikan. Hanya mampu mendoakan dari jauh, moga kanak2 yang baru menginjak ke alam remaja itu mampu menjadi setabah Ummu Khadijah. Semoga kau tabah menanti wahai adikku.
Nantikan daku, dan aku akan kembali
Hanya nanti dengan bersungguh-sungguh
Nantikan. Kerana aku akan kembali, menentang segala kematian
Dan biarkan mereka yang tidak menanti berkata aku bernasib baik
Mereka tidak akan faham di tengah-tengah kematian
Kau dan penantianmu menyelamatkan aku
Hanya kau dan aku tahu bagaimana aku terselamat
Kerana kau menanti, tidak seperti yang lain
-Konstantin Simonov-
Update: salah seorang adiknya telah meninggal dunia, semoga ditempatkan dalam kalangan para solihin. Al-Fatihah.
p/s: jangan dibazirkan air mata untuk satu perhubungan yang terkandas sedangkan di sisi lain ada yang yang merelakan pemergian insan yang disayangi. Contohi Khansa, empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH. Dia meratap tangis. Anak sulungnya syahid, anak keduanya turut syahid, anak ketiganya dan keempat jua mati syahid. Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta. Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad.