Ketika di universiti ditanya, kamu merindui kenangan masa bila?
Matrik.
Ketika di matrik ditanya, kamu merindui kenangan masa bila?
Sekolah menengah.
Ketika di sekolah menengah ditanya, kamu merindui kenangan masa bila?
Sekolah rendah.
Ketika di sekolah rendah ditanya, kamu merindui kenangan masa bila?
Tadika.
Ketika di tadika, andai ditanya aku merindui masa bila. Kalau aku dapat menjawab, aku rindu ketika di syurga. Kalau aku tahu dunia sebegini, aku tidak mahu berada di sini.
Tapi aku berada di sini kerana DIA tahu aku kuat dan mampu untuk menghadapi dugaan.
Titipan sahabat, “ andai dunia ini terlalu manis dan membahagiakan, bayi tidak akan keluar dengan tangisan”.
0 ekor kura2:
Post a Comment