Teringat akan kisah seorang muslim, dia dipanggil oleh ilahi dalam keadaan yang benar2 sebagai seorang muslim. Perginya di dalam bulan yang amat mulia, bulan Ramadhan. Dalam keadaan semasa menjadi imam, itulah solat terakhir yang diimamkannya. Tidak lama ALLAH menyeksanya, hanya seketika cuma. Suaranya sering mengalunkan mengagungkanmu ya ALLAH, dia seorang bilal. Tiada lagi penggantimu, seorang yang bersederhana dalam hidup, bahkan penyatu masyarakat. “kerana peribadimu aku jatuh cinta”.
Sunday, December 26, 2010
Sunday, November 14, 2010
terlupa
pegi umah tok,
tok : budak tu duk tercegat kat depan, berilah lempeng tu!( nada marah skit)
tok'ki: muka xpuas ati, tunjuk pinggan yg berisi nasi
tok: la, ingatkan isi lempeng td. nurul, gi la ambik lempeng sendiri
aku: ok
erkkk,kenyang....
kuar gi ambik kakak, dalam ati balek nanti mau lempeng tu lagi.
pastu tepuk dahi, kan aku puasa ari ni.
Thursday, November 11, 2010
sering ingin mengundur
Ketika di universiti ditanya, kamu merindui kenangan masa bila?
Matrik.
Ketika di matrik ditanya, kamu merindui kenangan masa bila?
Sekolah menengah.
Ketika di sekolah menengah ditanya, kamu merindui kenangan masa bila?
Sekolah rendah.
Ketika di sekolah rendah ditanya, kamu merindui kenangan masa bila?
Tadika.
Ketika di tadika, andai ditanya aku merindui masa bila. Kalau aku dapat menjawab, aku rindu ketika di syurga. Kalau aku tahu dunia sebegini, aku tidak mahu berada di sini.
Tapi aku berada di sini kerana DIA tahu aku kuat dan mampu untuk menghadapi dugaan.
Titipan sahabat, “ andai dunia ini terlalu manis dan membahagiakan, bayi tidak akan keluar dengan tangisan”.