BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 21, 2012

NZ

Letih. Letih menjadi seorang sahabat, letih menjadi seorang pelajar.
Orang selalu kata, teman semasa di universiti itulah teman sebenarnya. Hati mengiakan, akal menolak. Tak perlu menunggu hingga ke universiti, di tadika pun dah boleh jumpa teman, sahabat yang dibangga-banggakan itu. Kenapa adanya puak-puak? Apa persamaan ahli puak-puak kamu? Ya sama pemikiran, sama cara bekerja, sama minat. Pendek kata sekepala!

Memilih teman itu perlu. Seperti memilih jemaah di sebelah. Adakah mahu bersembahyang di sebelah orang yang sentiasa was-was. Takbirnya sahaja 4 5 kali tak jadi-jadi! Dengan kita sekali akan jadi was-was. Solat itu perlu dijaga sedari mengambil wudhu lagi. Membazir ketika berwudhu, seperti kita ingin membawa syaitan bersama di dalam solat.

Kepada yang berkenaan, hanya engkau seorang yang pernah kena sembur direct dengan aku. Kalau cara lembut tak berkesan, aku guna cara kasar. Kesannya, sampai hari ini engkau diam membisu. Aku pun tak sangka aku sekejam tu. Tapi ini semua kerana aku LETIH. Letih memberi nasihat yang sememangnya sudah engkau tahu. Ceritakan masalah kepada ALLAH, ALLAH tak pernah cerita semula pada orang lain. Itu pasti.

Tapi apa gunanya sahabat kalau tidak untuk berkongsi suka, duka, hilai, tawa? Jangan disempitkan arti sahabat ini hanya pada perasaan. Ikramah, Khalid sahabat baik ketika di zaman jahiliah. Berperang apabila Khalid memilih untuk mencintai syahid. Kembali bersatu di saat Ikramah diberikan hidayah. Sahabat, berbaik, bergaduh, berbaik adalah lumrah. Kadang-kadang, suami atau isteri itulah sahabat terbaik yang ALLAH kurniakan. Bersyukurlah.
Hidup kalau terlalu bergantung dengan manusia, takut dihina oleh ALLAH.

Saturday, May 5, 2012

imaginasi divisualisasikan

Lepas satu. Bertimbun lagi menunggu. Janji lega. Janji kena ditepati.
Tugasan buku bergred. Finally.
Thanks to both of my sis n also my housemate.
Tak semua benda perlukan duit. Cukup sekadar ikhlas.
Ikhlas memberi, ikhlas menerima seadanya.
Ini falsafah hidup.