BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 28, 2012

Terminologi

Pengertian rakan, teman, sahabat dan kawan. Lain manusia, lain ideologi. InsyaALLAH aku cuba bawakan ideologi aku sendiri. Tiada beza yang ketara antara kesemua kalimah tersebut. Sahabat untuk berkongsi susah senang. Kawan, rakan, teman juga boleh berkongsi susah senang. Ke hulu hilir seperti belangkas, belum tentu membawa ke jalan tarbiyyah. Aku suka menggunapakai kalimah teman, kelihatan akrab hingga membawa ke pelusuk nusantara, terutamanya Indonesia. Kita punya ALLAH maha kuasa, waima di waktu susah atau senang. Kuakui, aku sendiri lemah. Perlukan teman untuk berbicara. Tapi janganlah teman itu dijadikan sandaran untuk melepaskan beban yang menghimpit diri. ALLAH suka kepada hamba yang merintih kepada-Nya, maka tunaikanlah ‘hak’ kepada-Nya.

Biarlah teman itu menjadi daie, guru yang mengajar erti kehidupan. Lebihkan keluarga dari teman.

p/s: kita semua calon jenazah J

Friday, March 9, 2012

Sedetik Cuma










Di dalam keterbatasan menyiapkan proposal,

Mencuri waktu, sedikit cuma.

Dua pelajar UPSI meninggal akibat kemalangan,

Doa sahabat tak putus-putus,

Walau tidak ku kenali,

Kerana kamu saudara sedunia akhirat,

Aku mendoakan moga tenang di sana,

Moga akan ada juga yang akan mendoakan aku selepas ini,

Suburkan bunga kemboja putih di atas pusara.

Hakikat hidup adalah mati,

Hakikat dunia adalah akhirat.