Ada satu kenyataan yang membuatkan aku terfikir seketika iaitu,
“Anda tidak memilih keluarga anda. Mereka anugerah Tuhan untuk anda, sepertimana anda kepada mereka”.
Terkadang cemburu melihat keluarga sahabat2 lain yang lebih bahagia, bersatu padu, complete sebagai satu keluarga yang sempurna. Terkadang terfikir kenapa aku di sini, namun setelah lama terfikir, hanya satu aku sematkan di hati, DIA lebih mengetahui yang terbaik untukku.
DIA hadirkan rasa cemburu untuk kita berusaha menjadi yang terbaik.
DIA hadirkan rasa kasih untuk saling merindui.
Terima kasih ya ALLAH aku dilahirkan di sini.
Terima kasih aku lahir dari keturunanmu.